Alhamdulillah, siang tadi, pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah Kedah, En. Fadzli telah menziarahi Nur Farahannis di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Buat masa sekarang, keadaan Nur Farahannis semakin baik dan beliau telah keluar daripada ICU dan dialihkan kepada wad biasa.

Hasil daripada perbincangan dengan ibu Nur Farahannis, beliau memohon untuk sampaikan sumbangan kepada keluarga beliau secara bulanan sebanyak RM1,000 sahaja, hasil daripada jumlah kutipan oleh Al-Qudwah supaya duit sumbangan tersebut dapat diurus dan dimanfaatkan dengan baik.

Maka Al-Qudwah mengambil tanggungjawab untuk memegang amanah daripada hasil kutipan tersebut dan akan sampaikan secara bulanan kepada keluarga Nur Farahannis sebanyak RM1,000 melainkan jika ada kecemasan atau keperluan tambahan oleh keluarga mereka.

Semoga sumbangan Tuan Puan untuk keluarga Nur Farahannis mendapat pahala dari Tuhan dan mendapat ganjaran dunia dan Akhirat. Doakan juga kesembuhan Nur Farahannis.

Sebarang pertanyaan berkenaan Nur Farahannis, boleh berhubung dengan En. Fadzli di talian 019-578 0049.

Wallahua’lam.