Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah Kedah atau mudah dipanggil Al-Qudwah, tertubuh secara sah pada 15 Mei 2018 di peringkat negeri dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-014-02-15052018. Al-Qudwah terdiri daripada 8 orang ahli dari 7 daerah berbeza. Tujuan pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan manfaat dengan lebih meluas lagi kepada penduduk di kawasan Kedah dari aspek sosial, pendidikan, kewangan dan rohani.
Idea penubuhan ini dicetuskan oleh Encik Mohamad Fadzli bin Khalid, yang ketika ini berperanan sebagai Pengerusi Al-Qudwah. Sebelum ini, Encik Mohamad Fadzli menjalankan projek kebajikan secara bersedirian dan kadang-kadang dibantu oleh rakan-rakan terdekat.
Memandangkan projek beliau sering mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat dan netizen, beliau membuat keputusan untuk mengorak langkah lebih terkehadapan. Ekoran semangat kesukarelawan beliau, tertubuhlah sebuah pertubuhan kebajikan yang sah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan nama Pertubuhan Kebajikan AL-Qudwah Kedah.