Jumlah kutipan dana sehingga 29/5/19: RM110,300

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
.
Jutaan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan misi ini tidak kira dari segi wang, masa, tenaga mahupun sekadar menyebarkan poster! 
.
Kepada organisasi yang terlibat seperti Nadwah Ilmu, ARR, PADU, SAVE YEMEN : Al-I’tisam Relief Program:
بارك الله فيكم 
.
Berikut adalah pecahan sumbangan sehingga 25hb Mei 2019:
.
ROTI KHUBZ – SANA’A BAKERY
🔹42,000 keping roti
🔹3,000 penerima (600 keluarga)
.
BEKALAN AIR BERSIH 
🔹32,000 penerima
🔹1,120,000 liter air bersih
.
PEK MAKANAN 
🔹150 pek makanan dan susu formula untuk kanak-kanak
🔹750 penerima
.
MISI BANTUAN MASIH DITERUSKAN DI WILAYAH ZABID
.
Selesai sahaja agihan di Wilayah Sana’a, Ab Hafiz (Ketua Misi Save Yemen) terus bergegas ke Wilayah Zabid kira-kira 80km dari Wilayah Sana’a. Di sana tak kurang hebatnya krisis kebuluran yang ditanggung oleh mangsa perang. Mohon doakan Ab Hafiz selamat menjalankan tugas di Wilayah Zabid sebelum akhir Ramadhan. 
.
Jika ada yang berminat untuk meneruskan sumbangan, boleh terus salurkan ke akaun SAVE YEMEN : Al-I’tisam Relief Program yang diuruskan sendiri oleh Saudara Ab Hafiz. 
.
Jazakumullahu khair! 🙏🏻
.
Kredit foto 📷: Ab Hafiz 
.
 Fathih Muner
🇲🇾 Dari bumi Malaysia yang bertuah
🗓 29hb Mei 2019