Pada 2 Jun 2019, pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah Kedah, En. Fadzli telah menziarahi keluarga Nur Farahannis. Sebanyak RM1,000 telah disampaikan hasil daripada kutipan sumbangan yang dijalankan sebelum ini dan juga atas persetujuan ibunya untuk menerima RM1,000 sahaja setiap bulan.
.
Diharap dengan bantuan RM1000 setiap bulan ini dapat mengurangkan bebanan Farahannis dan sekeluarga dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga Ramadhan kali ini memberikan sinar kebahagiaan, keberkatan dan juga kerahmatan untuk mereka. Doakan semoga Allah memberi kekuatan dan juga kesembuhan kepada Nur Farahannis.
.
Semoga sumbangan Tuan Puan untuk Nur Farahannis dan keluarganya mendapat pahala dari Tuhan dan mendapat ganjaran dunia dan Akhirat. InshaAllah.