• Post author:
  • Post category:Projek

Projek Bantu Pakcik Amor ini bertujuan untuk membantu Pakcik Amor sekeluarga memiliki barang kelengkapan asas kehidupan. Tempoh kutipan sumbangan projek ini berjalan selama 19 hari iaitu daripada 25 Mac 2018 sehingga 12 April 2018, dengan jumlah kutipan sebanyak RM4,210. Hasil sumbangan ini, Tim Al-Qudwah telah membeli sebuah mesin basuh automatik, 2 set katil dan tilam bujang, sebuah katil dan tilam queen, dua buah almari baju dua pintu, sebuah drawer 5 tingkat, cerek air elektrik dan set bantal, cadar serta sarung bantal kepada keluarga Pakcik Amor. Bantuan ini telah diserahkan pada 13 April 2018.

Untuk pengetahuan, rumah usang yang dibina oleh Pakcik Amor sendiri ini terletak di Gurun, Kedah sebelum menerima bantuan pembinaan rumah baru dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di atas tanah yang sama. Pakcik Amor juga menghidap penyakit mild-strok. Ada waktu beliau tak terbangun dari tempat tidur, maka yang bekerja cuma isterinya untuk menyara kehidupan sekeluarga. Pendapatan kasar bulanan mereka cuma sekitar RM100-RM200 sebulan, hasil daripada menoreh getah. Ada hari Pakcik Amor diserang penyakitnya, maka isterinya tidak dapat keluar menoreh, cuma duduk di rumah menjaga suaminya sahaja. Semoga bantuan sumbangan ini dapat memberi sedikit keselesaan dan meringankan bebanan mereka sekeluarga.