• Post author:
  • Post category:Projek

Alhamdulillah thummalhamdulillah, setelah sekian lama Pakcik Amor mengharapkan untuk memiliki bekalan air sendiri, dengan izin Allah, dapatlah juga beliau mendapatkan apa yang telah diimpikan. 

Maka semalam telah selesai pemasangan paip untuk projek Bantuan Bekalan Air Pakcik Amor. Untuk makluman Tuan Puan, sepanjang hampir 300 meter paip air telah dipasang daripada punca utama bekalan air sehingga ke rumah Pak Cik Amor. Pemasangan paip air ini telah memanfaatkan sebanyak RM2,100.00 untuk menampung kos membeli peralatan, kos permohnan syarikat bekalan air serta kos upah kerja-kerja pemasangan paip air dan meter air.

Ucapan Jazaakumullahukhair dan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang untuk projek Bantu Bekalan Air Pak Cik Amor. Semoga mendapat pahala dan menjadi saham akhirat disisi Allah pada setiap titisan air yang dimanfaatkan. InshaaAllah.