• Post author:
  • Post category:Projek

Projek Box Of Ramadan ialah projek pemberian sumbangan barang keperluan dapur khusus kepada para asnaf di sekitar kawasan Kedah. Setiap pek diperuntukkan sebanyak RM50 yang berisi keperluan makanan seperti beras 10kg, minyak masak, bihun, biskut, sardin, kicap, kordial, kopi, teh, gula dan kurma. Tempoh kutipan sumbangan projek ini berlangsung selama 18 hari, daripada 29 April 2018 sehingga 16 Mei 2018. Seramai 100 buah keluarga asnaf telah menerima manfaat daripada projek ini. Kesemua ahli pertubuhan berpecah ke daerah masing-masing untuk menyampaikan sumbangan.