Pada 5 April 2019 iaitu hari Jumaat yang lalu, pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah Kedah, En. Fadzli telah menziarahi Nur Farahannis di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Sebanyak RM1,000 dan dua naskah buku telah disampaikan hasil daripada kutipan sumbangan yang dijalankan sebelum ini dan juga atas persetujuan ibunya untuk menerima RM1,000 sahaja setiap bulan. 
.
Setakat ini, keadaan Nur Farahannis bertambah baik dan beliau akan menjalani rawatan kimoterapi untuk kali ke-5 sebagai usaha untuk merawat penyakit yang dihadapi. Doakan semoga Allah memberi kekuatan dan juga kesembuhan kepada Nur Farahannis.
.
Semoga sumbangan Tuan Puan untuk Nur Farahannis dan keluarganya mendapat pahala dari Tuhan dan mendapat ganjaran dunia dan Akhirat. InshaAllah.