Sepetang di sebuah surau lama, waktu aku melangkah kaki menaiki anak tangga, berselisih pula dengan seorang pakcik, salah seorang jemaah disitu. Umurnya agak berusia..
“Eh takpe, pakcik naik dulu..”.
“Maaf ya, pakcik jalan lambat sikit. Kaki pakcik sakit..”.
“Sakit apa pakcik ? Gout ke ?..”.
“Taklah.., kencing manis..”.
Sambil aku tenung kaki kanannya yang bengkak memakai stokin, perlahan-lahan dia melangkah naik anak tangga ke surau. Sesudah sampai di muka pintu, sambung pula celotehnya..,.
“Pakcik hairan betul, macam mana Mahathir (Tun Dr. Mahathir) yang sudah tua itu masih kuat kesana-sini..? Pakcik yg tua ni nak ke surau pun dah sakit kaki..”
Sedetik aku terkelu..hati kecilku sibuk mengulas..”Ah, untungnya pakcik ni. Sudah tua, diuji Tuhan dengan sakit kaki, tapi masih punya kemahuan dan kekuatan melangkah ke surau solat berjemaah, sedang dia punya pilihan untuk solat dirumah…”
Entah berapa ramai orang muda yang sihat kakinya tapi Tuhan tak berinya kemahuan untuk ke surau dan masjid.., Bukan tidak tahu ganjaran gandaan 27 kali ganda, tapi kemahuan itu tidak ada.. Sebab itu jarak antara kita dan masjid bukanlah ditentukan oleh jauhnya jarak antara kaki dan masjid, tapi jarak antara hati dan masjid.
Kerna itu saat kita berdoa, kita harus minta dua perkara, iaitu petunjuk dalam pengetahuan dan juga petunjuk untuk beramal. Mudah mudahan, kita ini bertambah ilmu dan dalam masa yang sama bertambah juga amalannya. Insha Allah.
Artikel oleh : Syafiyullah Yahya