Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah

Projek Bantu Farahannis

RM22,781 of RM12,000 raised

Agaknya, bagaimana rasanya apabila diuji Tuhan dengan anak yang menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat dan dalam masa yang sama, tersepit antara bekerja untuk mendapatkan gaji yang tak seberapa dan juga meluangkan masa untuk menjaga anak yang menghidapi kanser ?

Demikianlah apa yang dihadapi oleh ibu dan bapa Nur Farahannis yang kini sedang berhempas pulas mengorbankan masa untuk menjaga dia. Nur Farahannis yang berusia 21 tahun itu merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Beliau sekarang berada dalam keadaan lemah dan terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah.

Dengan menaiki kereta yang selalu menghadapi masalah, ibu bapanya seringkali berulang alik dari rumah mereka di Sik ke hospital tersebut untuk menjaga Nur Farahannis. Jarak perjalanan tersebut kira-kira melebihi 70 kilometer. Ibunya bekerja sebagai seorang ‘cleaner’ manakala ayahnya pula bekerja sebagai seorang penoreh getah. Namun sejak kebelakangan ini, kesihatan ayahnya juga terjejas. Maka pendapatan keluarga mereka cuma bergantung kepada hasil pekerjaan Ibunya sahaja.

Setakat ini, Nur Farahannis telah dibantu oleh pihak JKM dari sudut kos perubatan. Namun begitu ibu ayahnya terpaksa menanggung beban membaiki kos kereta yang sering kerosakan, kos sara hidup mereka sekeluarga dan juga kos minyak kereta untuk berulang alik dari Sik ke Alor Setar.

Melihatkan keadaan Nur Farahannis dan keluarganya yang menyentuh hati, Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah Kedah yang diketuai oleh En. Fadzli mengambil tanggungjawab untuk membantu keluarga mereka. Maka dengan ini, pihak Al-Qudwah dengan rendah hati memohon sumbangan orang ramai bagi membantu keluarga Nur Farahannis ini.

Mudah-mudahan, sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan keluarga Nur Farahannis. Doakan semoga hari-hari Nur farahannis dan sekeluarga dipermudahkan. InshaAllah.

#pray4farahannis
#alqudwah

RM
Personal Info

Donation Total: RM10.00