Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah

Projek Kasih Asnaf 5.0

RM2,000 of RM10,000 raised

Jatuh motorsikal lagi, tapi kali ni lebih teruk. Terpaksa dikejarkan ke zon merah hospital. Entah kali keberapa Encik Julizan dengan anak-beranak jatuh motorsikal. Puncanya, dalam perjalanan untuk pergi bayar sewa rumah, penyakit sawan beliau datang semasa beliau sedang menunggang motorsikal. Qaddarallah, mujur tak ada kereta atau lori di belakang.

Beliau mempunyai 5 orang anak. Semuanya masih kecil. Paling besar darjah 6, paling kecil bayi 2 tahun. Beberapa kali sudah mereka berpindah rumah kerana tidak mampu bayar sewa rumah. Disebabkan penyakit sawan beliau kerap datang, maka yang berkerja untuk sara keluarga hanyalah isterinya, Puan Zaidatulnida. Itupun cuma berkerja di kedai makan.

Kami baru sahaja menziarahi mereka di hospital selepas mereka kemalangan. Keadaan mereka agak teruk. Anaknya, Ammar Danish terpaksa menjalani pembedahan di kepala disebabkan cedera teruk. Puan Zaidatulnida pula patah tangan, bengkak kaki dan luka teruk di bahagian muka.

Lebih menyedihkan, sudahlah tiada lesen memandu, buta huruf pula. Ini menyukarkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Melihat kepada kesukaran mereka ini, Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah bercadang untuk mendapatkan lesen memandu untuk Puan Zaidatulnida supaya dapat menggantikan suaminya membawa motorsikal kalau mereka hendak ke mana-mana. Dalam masa yang sama, Al-Qudwah berhasrat untuk membantu mereka secara bulanan bagi menyelesaikan bil-bil utiliti, sewa rumah dan juga keperluan barang dapur.

Untuk makluman, Projek Kasih Asnaf merupakan sebuah program berfokus Al-Qudwah bagi mencari dan membantu mereka yang diuji dengan kesusahan dalam meneruskan kehidupan dengan harapan dapat meringankan bebanan mereka dan juga memberi semangat untuk mereka teruskan kehidupan dengan lebih baik.

Kami percaya bahawa masyarakat yang sejahtera bermula daripada keluarga yang baik dan setiap dari kita bertanggungjawab untuk bersama membantu keluarga yang dalam kesukaran sebagai sebuah masyarakat yang perihatin.

MAKLUMAT TAJAAN :

  • Dana yang diperlukan : RM10,000
  • Satu tajaan : RM50 atau seikhlas hati.
  • Jumlah tajaan diperlukan : 200 tajaan.

MAKLUMAT BANTUAN :

  • Sewa rumah
  • Bil utiliti
  • Barangan dapur
  • Lesen motorsikal
  • Perubatan

Sumbangan boleh dilakukan menggunakan borang sumbangan online yang disediakan atau juga terus kepada akaun bank pertubuhan atas nama Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah Kedah seperti berikut :

  • No Akaun : 8603 3313 76
  • Bank : CIMB Bank
  • Kod rujukan sumbangan : kasihasnaf5
  • Email : [email protected]

Anda boleh menyumbang mengikut jumlah tajaan atau seberapa banyak yang anda ingin sumbang, seikhlas hati. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah, saudara Mohamad Fadzli di talian 019 578 0049. Mudah mudahan kita dapat bersama meringankan bebanan mereka dan berkongsi bahagia bersama-sama, InshaAllah. Allah jualah yang berhak membalas jasa baik anda.

Jazaakumullahukhairan!

#BantuViralkan

RM
Personal Info

Donation Total: RM10.00