Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah

Projek Bantu Nur Farisya

RM5,350 of RM10,000 raised

Kami baru sahaja selesai menyampaikan sumbangan untuk Projek Kasih Asnaf bagi membantu 100 keluarga yang dalam kesusahan dalam waktu PKP ini. Semasa kami menyampaikan sumbangan di kawasan Naka, Pokok Sena, Kedah, kami telah berjumpa dengan seorang adik comel bernama Wan Nur Farisya yang berumur 6 tahun. Adik ini istimewa. Dia menghidapi penyakit sawan sejak dari lahir. Tuan puan boleh rujuk pada kad OKU adik Nur Farisya yang kami sertakan bersama. Jadi adik Nur Farisya bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang agak mahal berbanding dengan susu biasa dan hanya minum melalui tiub.

Adik Nur Farisya mempunyai seorang kakak berumur 7 tahun dan seorang adik perempuan berumur 4 tahun. Ayah Nur Farisya bekerja di sebuah kilang beras. Namun disebabkan PKP, ayahnya tidak dapat bekerja. Gaji ayahnya hanya sekitar RM1,000 sebulan. Ibunya pula tidak bekerja. Hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Mereka menyewa rumah.

Semasa kami sampaikan sumbangan, atuk Nur Farisya yang merupakan seorang RELA yang bantu mengangkat barang untuk agihan sumbangan. Buat masa PKP ini, mereka tinggal di rumah atuk tersebut. Setakat ini, keluarga adik Nur Farisya hanya mendapat bantuan daripada JKM sebanyak RM350 sebulan. Kami sempat bertanya kepada ibu Nur Farisya, apakah masih ada harapan untuk sihat semula ? Ibunya cuma senyum dan gelengkan kepala…sebak terasa.

Melihat kepada kesukaran keluarga adik Nur Farisya ini, kami berhasrat untuk membantu meringankan ujian yang dihadapi. Apa yang adik comel Nur Farisya ini perlukan ?

1) Katil baby

2) Susu Pediasure-Vanilla

3) Pampers saiz L

Memandangkan susu tersebut agak mahal dan ditambah lagi dengan keperluan kakak dan adik kepada Nur Farisya, ia bukan suatu yang mudah untuk keluarga adik Nur Farisya berjuang untuk sebuah kehidupan. Jadi kami berharap dapat membantu adik Nur Farisya setiap bulan sebanyak RM600 untuk membeli susu dan pampers. Dan selebihnya buat duit belanja bulanan setakat yang diperlukan. Buat masa ini kami berhasrat untuk kumpulkan sebanyak RM10,000 untuk bantuan selama setahun. Dan kami sangat mengalu-alukan penyumbang tetap bulanan.

Jom kita sama-sama bantu adik comel Nur Farisya. Sumbangan boleh disalurkan secara online melalui borang yang disediakan atau juga terus kepada akaun bank pertubuhan atas nama Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah Kedah seperti berikut :

No Akaun : 8603 3313 76
Bank : CIMB Bank
Kod rujukan sumbangan : bantufarisya
Email : [email protected]

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Qudwah, saudara Mohamad Fadzli di talian 019 578 0049. Mudah mudahan kita dapat bersama meringankan bebanan mereka dan berkongsi bahagia bersama-sama, InshaAllah. Allah jualah yang berhak membalas jasa baik anda. 😊

RM
Personal Info

Donation Total: RM10.00